Kontroversi Sembah (lagu)

#sembahnaim

Tidak lama selepas dikeluarkan, "Sembah" menjadi subjek kontroversi kerana menggunakan tanda pagar "#sembahnaim" bagi tujuan mempromosikan lagu itu.[10] Dalam temuramah bersama Harian Metro, Naim berkata tujuan tanda pagar itu digunakan untuk memudahkan pencarian di Internet dan media sosial tanpa sebarang niat untuk memesongkan akidah dan sebagainya, sambil menegaskan ia bukan bertujuan untuk menyembah sesuatu.[11]

Ketidaklayakan ke Anugerah Juara Lagu ke-35

"Sembah" menjadi subjek kecaman masyarakat apabila ia menjadi salah satu daripada dua lagu yang tidak layak dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35). Naim meluahkan rasa keliru dengan penjelasan daripada pihak juri, selain turut hairan dengan penilaian yang dibuat terhadap vokalnya memandangkan AJL mengutamakan melodi dan lirik sesebuah lagu, bukannya vokal penyanyi sesebuah lagu. Beliau bagaimanapun, akur dengan keputusan juri.[12][13] Turut tidak layak bertanding di AJL 35 ialah lagu "Sakit" oleh Zynakal dan Yonnyboii.[14] Naim dilaporkan berkata:

"Tidak dinafikan saya ada letak harapan agar lagu "Sembah" mara ke AJL 35 tapi apabila tidak terpilih saya okay sahaja, tidaklah terlalu kecewa. Cumanya saya ada sedikit kekeliruan apabila ketua juri, Azmeer menjelaskan bunyi gitar lagu "Sembah" dikatakan mengganggu untuk menyerlahkan vokal saya. Seperti yang kita tahu, AJL adalah anugerah untuk mengiktiraf melodi dan lirik sesebuah lagu, bukannya vokal penyanyi".[14]

Rujukan

WikiPedia: Sembah (lagu) https://music.apple.com/us/album/sembah-feat-man-k... https://www.budiey.com/lagu-sembah-gagal-ke-ajl35-... https://m.facebook.com/RecordingIndustryMalaysia/p... https://gempak.com/berita-terkini/tampil-single-be... https://www.ghzmsn.com/works-2020/naim-daniel-semb... https://iamlejen.com/dewan-bahasa-dan-pustaka-beri... https://kitareporters.com/santai/oQeZq65dpZ https://ohbulan.com/kontroversi-hashtag-didakwa-pe... https://open.spotify.com/album/4rIv4xnxfeHjLhTAkhr... https://www.thevocket.com/naim-daniel-tampilkan-ma...